Tuesday, March 21, 2006

Komentar :: Amy Search - Suralaya Dalam D Major


Suralaya Dalam D Major, tajuknya sahaja telah memberi gambaran kehebatan lagu ini. Lagu ini memang benar-benar mengembalikan Amy ke zaman kegemilangannya. Amy yang boleh dikatakan sebagai penyanyi rock terbaik tanahair masih lagi unggul dengan vokalnya yang unik dan tiada tandingan.
Lagu ciptaan Edrie Hashim dan tulisan lirik oleh Loloq ini boleh dicalonkan antara lagu terbaik tahun ini. Sususan muzik yang teratur, melodi yang cukup indah, lirik yang bagus (tulisan Loloq memang tidak boleh dipertikai), permainan gitar Edrie juga mantap, dan akhirnya diadun dengan suara Amy yang memukau,dan jelas lagu ini cukup memberi kesan yang besar kepada pendengar..terutamanya kepada penggemar rock.

Penilaian :: +++++

Muat turun :: MP3 / Chord
----------------------------------------------------------------------------------
Suralaya Dalam D Major

Getar senandung Suralaya menggamit
Di ruang sanubari rindu menghimpit
Wajah kasih ku melirik senyum tangis
Sukar untuk ku tangkis

Getar senandung Suralaya menggamit
Di sudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasih ku gemersik makin jelas
Makin rasa sebegitu ikhlas
Kata kata mu bagaikan sinar yang ditelan kabus
Yang sempat ku dengar
Hanya madah
Hanya kata
Selamat tinggal

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap kau pun hilang
Dari pandangan

Getar senandung Suralaya menggamit
Di sudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasih ku gemersik makin rangsang
Makin rasa sebegitu terang
Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap kau pun hilang

Bukan beralah kecewa kerana cinta
Tapi berjuta kecewa kerana rindu
Berjuang ku hanya satu pegangan hidup
Dan mati ku ingin terasa kau bersama

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap kau pun hilang

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap kau pun hilang

Dari pandangan....

 

P0PdRIVE Copyright © 2008