Pertama kali mendengar lagu ini, ia memang dapat menarik perhatian. Puncanya, adalah melodi dan liriknya. Kekuatan ini sudah cukup untuk menarik perhatian kita untuk menghayatinya hingga ke penghujung lagu.Walaupun muziknya adalah pada tahap 'biasa', ia tidak mencacatkan lagu ini. Ia kedengaran sesuai untuk lagu ini.
Sebenarnya melodi lagu ini sudah cukup kuat untuk melindungi alunan muziknya. Nyanyian Awie pula, tiada apa yang perlu dikritik. Keseluruhannya, lagu ini boleh dikatakan amat baik.
Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3 / Chord
----------------------------------------------------------------------------------
Iris
Kau masih ku cintai...sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti..
Kaulah satu untukku
Kau masih dewi hatiku...sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar...sayang...usah ragu
Aku milik mu
Cintaku jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar takkan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu
Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahu ku
Dan duniaku pasti milik mu
Hingga ke akhir hayat ku...
Kau masih ku cintai...sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti...yakinnya pasti engkau milikku
