Thursday, April 6, 2006

Komentar :: Daniel Powter - Bad Day


Ada beberapa fakta menarik tentang Daniel Powter. Dilahirkan pada 25 Februari 1971 di Canada. Dipengaruhi dengan muzik sejak usia masih kecil oleh ibunya yang juga seorang pemain piano. Pendedahan pada muzik juga diberikan oleh ibunya dengan memperkenalkan berbagai jenis alat muzik dan jenis-jenis rentak muzik dari klasik hingga ke pop. Ibunya juga sering membawanya ke beberapa jenis konsert muzik.
Terlibat dalam kemalangan jalanraya yang teruk semasa kecil hingga meninggalkan parut di kepalanya. Untuk menutup parut tersebut, Daniel memakai topi (beanie hat) yang kemudian menjadi 'trademark'nya. Ia akan membawa 40 topinya ketika mengadakan 'tour'nya.
Beliau pernah terlibat dengan dadah selama lapan tahun, tetapi telah pulih sepenuhnya beberapa tahun lepas.
Mengenai lagu 'Bad Day' ini , ia merupakan single pertama dari album pertama yang telah dikeluarkan pada awal 2005. Lagu ini adalah ciptaan beliau sepenuhnya. Single keduanya juga 'Free Loop' telah dikeluarkan pada November lepas.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3 / Lirik
 

P0PdRIVE Copyright © 2008