Percaya Pada Cinta adalah lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Nurul terdapat di dalam album Evo 05 yang telah berada dipasaran pada awal tahun ini.Lagu ini agak popular berbanding lagu lain yang terdapat di dalam album tersebut. Yang pasti melodinya menjadi faktor lagu ini diminati. Ia sedap dan mudah didengar. Ada sesetengah lagu yang dicipta komposer ternama yang melodinya agak berat dan kompleks untuk mencapai tahap berkualiti tinggi, adalah lagu yang tidak pernah berjaya menarik perhatian pendengar.Alasannya mudah, pendengar lebih gemar dan mudah mendengar muzik yang sedap dan simple. Seperti lagu ini, walaupun ia tidak la terlalu sedap seperti lagu 'Teman Tapi Mesra' misalnya, ia masih lagi mampu menarik perhatian peminat muzik. Untuk nyanyian Akma, tone dan lenggok suaranya agak kerasuntuk lagu ini.
Penilaian :: +++-
Muat turun :: MP3 [RapidShare]
>Manual untuk muat turun dari RapidShare
----------------------------------------------------------------------------------
Percaya Pada Cinta
Semenjak pertemuan itu
Kurasa hadir sesuatu
Bagai pelik rasa di hati
Berdegup hatiku ini
Mungkinkah ini rasa kawan
Atau sebaliknya
Tapi aku kian merasa
Ada cinta di dalam hati
Kubiarkan cinta ini hadir
Datanglah segera kepadaku
Kerna kau ada sesuatu
Membuatku cinta kepadamu
Kutahu dikau pun merasakan
Katakanlah kata kepada ku
Jangan biarkan cinta pergi
Percayalah
Ini sudah suratan Maha Esa
Hadir mu di sisiku ini
Merubah segala galanya
Gembira bila bersama
Mimpi bila kau tiada
Mungkinkah ini rasa kawan
Atau sebaliknya
Tapi aku kian merasa
Ada cinta di dalam hati
Kutahu dikau pun merasakan
Katakanlah kata kepada ku
Jangan biarkan cinta pergi
Percayalah
Ini sudah suratan Maha Esa
Percaya pada cinta
