Wednesday, May 24, 2006

Komentar :: Daniel - Mimpi


Juara Malaysian Idol musim ke-2 tahun lalu, Daniel atau nama sebenarnya Daniel Lee Chee Hun telah mengeluarkan album debut Mandarinnya yang berjudul Daniel awal tahun ini. Album ini telah terjual 5000 unit setelah berada 5 hari di pasaran. Mempunyai 10 track, album ini juga memuatkan 2 lagu yang dinyanyikan ketika di pertandingan Malaysian Idol. Lagu Heaven Knows dari Rick Price dan juga Mimpi yang juga merupakan lagu baru yang dinyanyikan pada final Malaysian Idol. Dan di dalam album ini juga dimuatkan lagu Mimpi dalam versi Mandarin. Lagu ini adalah ciptaan Pot Amir sepenuhnya yang menceritakan harapan dan cita-cita seseorang. Liriknya agak tidak berapa jelas maksud yang ingin disampaikan, tetapi melodinya amat baik hingga berjaya mengalih perhatian pendengar daripada menghayati liriknya. Melodinya simple, ringan, tidak kompleks dan paling utama ia sedap di dengar. Keseluruhannya lagu ini baik.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
Manual untuk muat turun dari RapidShare
----------------------------------------------------------------------------------
Mimpi

Inginku lukiskan nota-nota
Laguku mengikut rentak gitar

Dengarkan suara mimpiku
Bertemakan namamu
Senantiasa selalu
ooohh selalu

Sedalam tinggi
Seluas jauh
Begitulah cita-citaku
Sekiranya kau ingin tahu

Selama ini
Hingga ke akhirnya
Suka duka
Senyum selalu

Kita bersama punya satu
Mimpi
Jauh, oooo ye

Begitulah cita-citaku
Mimpi
ooooooo realiti
 

P0PdRIVE Copyright © 2008