Saya pasti anda semua kenal James Blunt. Lebih-lebih lagi selepas dia mencuri perhatian ramai menerusi lagu hitsnya You’re Beautiful. Namun kekuatan You’re Beautiful tidak hanya terletak pada dasar melodinya yang melankolik dan mempesonakan, sebaliknya vokal unik Blunt yang penuh kejiwaan. Ia turut membantu lagu ini apabila dipersembahkan dengan sebaiknya.Saya tidak pasti sama ada apa yang ingin saya katakan ini satu kebetulan atau memang kebenaran. Namun, sejak telinga saya dibiasakan mendengar muzik dan vokal penyanyi dari United Kingdom (UK) ini, saya rasa mereka jauh lebih baik dari penyanyi Amerika Syarikat (AS) kecuali dalam beberapa genre muzik. Di AS, kebanyakan muzik atau vokal ditampilkan
kedengaran lebih kurang sama saja. Namun di UK, karakter vokal dan muzik penyanyi cukup menyerlah di antara satu sama lain.
Kebetulan pula Blunt artis kelahiran UK dan tidak hairanlah mengapa dalam waktu singkat dia berjaya mencipta nama sebagai penyanyi. Ditambah pula dengan latar belakang sebagai bekas pegawai tentera diraja menjadikan perjalanannya sebagai anak seni sangat unik sekali. Buktinya lagu No Bravery dihasilkan berdasarkan pengalamannya di Kosovo bersama pasukan tenteranya pada 1999. Apa dilihatnya ketika itu merangsang dirinya untuk menulis lagu ini. Dalam album pertamanya ini, anda bukan saja berpeluang menikmati rangkaian lagu secara langsung di konsert BBC tetapi juga di Ireland.
Sumber :: Harian Metro - 23 May 2006
Penilaian :: ++++-
Muat turun::
You're Beautiful
Goodbye My Lover
