Terus kepada album ini. Ada yang menyifatkan album ini tidak cukup mantap atau tidak cukup hebat jika dibanding dengan album terdahulu Siti, Prasasti Seni.Pendapat saya bagaimanapun agak sedikit berbeza. Kedua-dua album ini kelebihannya yang tersendiri. Di segi pemilihan lagu, Prasasti Seni barangkali mendahului Transkripsi. Namun kalau dinilai dari sudut persembahan vokal, inilah album yang menampilkan vokal Siti paling terbaik sekali.
Saya harus mengatakan secara jujur di sini saya bukanlah peminat vokal Siti sebelum ini. Lenggoknya yang keterlaluan serta sengaja dibuat-buat itu cukup merimaskan saya.Transkripsi bagaimanapun memperlihatkan persembahan vokalnya yang semakin matang, malah jauh lebih versatil berbanding beberapa album terdahulu.
Dengan mencuba kepelbagaian vokal yang ada ini, bermakna lenggok Siti yang merimaskan itu juga semakin berkurangan.(Terima Kasih Tuhan...!).
Tanpa lenggok itu juga, nyanyian Siti jauh lebih baik lagi.
Bukan itu saja, Siti juga sudah mula belajar bagaimana untuk menghayati lagu nyanyiannya dengan penuh emosi.
Apapun, Biarlah Rahsia ciptaan Melly Goeslow dan lirik Siti Nurhaliza ternyata menjadi lagu tarikan di dalam album ini.
Sebenarnya lagu ini hanyalah sebuah lagu balad yang biasa saja. Namun disebabkan Siti yang menyanyikannya, lagu ini bertukar menjadi sesuatu.
Sumber : Harian Metro - 2 Mei 2006
Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3 - [RapidShare]
Manual Penggunaan RapidShare
----------------------------------------------------------------------------------
Biarlah Rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan
Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta
Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Oooooo
Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...
