Wednesday, June 21, 2006

Komentar :: Khafi - Tiada Yang Kedua


Sesungguhnya “Satu Jengkal” merupakan album yang menandakan bertambahnya satu jengkal lagi perjalanan KHAFI dalam karier mereka. Selepas Kisah Kau Dan Aku dan Fantasi Cinta, kini KHAFI semakin dikenali menerusi lagu Tiada Yang Kedua. Tiada Yang Kedua kini telah menjulang nama kumpulan mereka menduduki beberapa carta radio tempatan selain menjadi pilihan ramai pendengar.Walaupun Khairil dan Faizal merupakan anggota utama KHAFI, mereka juga mempunyai band sendiri yang turut dianggotai oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman. Band ini bakal bertindak sebagai pengiring untuk KHAFI sekiranya mereka dijemput untuk membuat persembahan live atau sebarang pertunjukan pentas. Album berkonsep pop rock ini telah pun berada di pasaran pada 28 Mac 2006 lalu dibawah syarikat mereka sendiri iaitu KF Music Entertainment dan edaran oleh EMI Malaysia Ini ialah
antara album pop rock terbaru yang menjadi pilihan penggemar muzik tempatan, dan jangan lupa layari laman web mereka untuk bio data dan juga pelbagai informasi KHAFI disana.

Sumber :: www.khafi.com

Penilaian :: +++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Tiada Yang Kedua

Haruskah aku menerima
Kasihmu yang baru menguntum bunga
Jangan hanya indah di mata
Jangan disiakan madah cinta

Namun bintang bukannya satu
Kerdipan hatiku ingin kau buru
Andainya kau kehampaan
Jangan aku yang jadi alasan

Ku fikir kau teman biasa
Tidak akan berputik cinta
Mungkin jua belum menjelma

Aku tak sanggup dikecewa
Cinta ku satu untuk selamanya
Aku pencinta yang setia
Mustahil ada yang kedua

Yang kedua...

Tiada yang kedua...
 

P0PdRIVE Copyright © 2008