Rasanya belum terlalu lewat untuk memberi komen tentang lagu ini. Kenapa lagu ini dipilih untuk diletakkan sini? Jawapannya, lagu ini adalah lagu terbaik antara 5 lagu yang didendangkan semasa konsert akhir AF4 awal bulan ini. Melodinya adalah tunjang kekuatan lagu ini. Ia mudah menarik perhatian pendengar. Untuk muziknya, ia pada tahap biasa sahaja. Lagu ini adalah ciptaan Sharon Paul dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya. Sharon Paul juga merupakan pencipta bagi lagu 'Untuk Terakhir Kali' nyanyian Marsha pada konsert akhir AF3 tahun lalu. Untuk vokal Velvet ia tidak begitu terserlah sebenarnya. Velvet sebenarnya seorang penyanyi yang memiliki tone suara yang baik, boleh menyanyi pada nada tinggi, sebutan yang jelas cuma ia selalunya tidak konsisten dalam persembahan lagunya. Adakalanya persembahannya bagus, adakalanya tidak.Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Kini Detiknya
Bintang di langit terindah
Melambai kau yang bersedihan
Tinggalkan saja sangkar lara
Pelangi di awan menanti kau dendangkan lagu cinta
Gemakan hati bergetaran
Hembuskan nafas sedamainya
Biar sang burung bersinggahan
Di halaman cinta
Sambil menyanyikan simfoni rindu
Kini detiknya..menjelma
Kita berdua berbicara
Dan menguntumlah setiap senyummu
Bersemi mesra kemanisan.janji
Buka rahsia hatimu
Kau luaskan kepercayaan
Tiada lagi sempadannya
Merenda asmara menyambut kau lafazkan kata cinta
Tak perlu kenang lagi derita lama
Tak perlu ada keraguan sewenang menghalang
Atas nama cinta tanpa curiga..berjanjilah
