Amuk, imej bertopeng kembali ,menggegarkan dunia rock tempatan. Album 2 Juta kini sudah berada di pasaran.Album terbaru Amuk mempunyai 10 buah lagu untuk melengkapkan sebuah album yang diberi judul 2 juta. Bermula di dua trek terawal “ 2 Juta” dan ”Kembara Raja Rimba” serta lagu “Sentuhilah Aku” lagi kepanasan album ini sudah dibakar dengan anthem antara rock dan folk yang cukup dalam. Secara mudah kejutan album ini apabila melihat progression dan komposisi untuk muziknya ternyata berbeza berbanding. Secara pasti tiada keraguan mengapa album ini mahu ditolak ketepi. Kesemua rangkuman rock hingga metalnya disampaikan dengan baik dan seboleh mungkin akan memenuhi citarasa pelbagai lapangan pendengar Malaysia.Kepada yang mencari sesuatu kelainan dari muzik atau kualiti lagu yang dinyanyikan kembali, Amuk berjaya dalam dua perkara ini. Paling menonjol melihat bagaimana Irama Malaysia kita di beri nafas riff dalam distortion yang metal di Trek “Kaum Kerabat”. Pendekatan muzik positif dan Amuk membuktikan Irama Malaysia itu sendiri bukanlah hanya lagu lemah gemalai yang mendayu. Begitu juga dengan penyampaian Amuk dalam lagu “Separuh Nafas” nyanyian asal oleh DEWA 19. Lagu ini dicadangkan sendiri oleh Ahmad Dhani untuk diberikan sentuhan Metal Jawa Amuk. Lagu “Pergi Tak Kembali” yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid terbaik Rabbani juga ditampilkan dengan stail dan pembawaan oleh AMUK yang cukup berkesan sekali.
Penampilan istimewa bersama R.O.B (Republick Of Brickfield) melalui dua buah lagu “Satu Bumi Tuhan” dan “Lagu Jiwa Lagu Cinta” memberi impak maksima dari deraman suaranya Aru, vokalis R.O.B bersama Amuk. Disertakan juga lagu “2 Juta- tanpa syair” dah “ Lagu Jiwa Lagu Cinta” versi gitarock untuk mevariasikan lagu album ini.
2 juta judul album Amuk, namun bagi mereka yang ingin memiliki album yang padat dengan muzik hebat ini hanya berharga RM24.90 CD dan RM16.90 kaset. Kehebatan lagu dalam album 2 juta ini bukan hanya dapat didengar melalui cakera padat atau kaset sahaja, tetapi kepada mereka yang telah mengenali dunia digital, lagu ini dapat dimuat turun ke telefon bimbit. Kelebihan ini diperolehi oleh pengguna CELCOM.
Sumber :: Era.fm
Penilaian :: ++++-
Muat turun :: Full Album
----------------------------------------------------------------------------------
Track:
2 Juta
Kembara Raja Rimua
Satu Bumi Tuhan
Sentuhilah Aku
Pergi Tak Kembali
Kaum Kerabat
Separuh Nafas
Lagu Jiwa Lagu Cinta
2 Juta
Lagu Jiwa Lagu Cinta (versi rock)
