Tuesday, October 31, 2006

Komentar :: Awie - Mata, Hati , Jiwa


Belum terlambat rasanya untuk posting lagu ini. Biarpun hampir setahun album 'Santai' Awie telah dikeluarkan lagu ini menjadi single terbaru sebagai taruhan album tersebut. Lagu ini mula mendapat perhatian pendengar beberapa bulan lalu dan kini sudah menduduki tangga dalam carta Era. Lagu ciptaan Awie dan Edrie Hashim ini boleh dikatakan agak 'catchy' melodinya disamping gaya penyampaian Awie yang santai. Mungkin inilah kelebihan apabila sesebuah lagu itu dirakamkan di dalam bilik hotel. Menurut cerita Awie, 5 dari 10 buah lagu termasuk lagu ini dirakamkan di dalam bilik di sebuah hotel di Langkawi. Menurut Awie, untuk menjalani rakaman di bilik hotel tersebut, mereka menggunakan tilam dan cadar sebagai penghadang untuk memastikan bilik tersebut kedap bunyi. Alasannya, "Buat rakaman di bilik hotel memang relaks habis. Kalau penat boleh tidur dan kemudian sambung semula. Kualiti tetap sama seperti di studio kerana segala kelengkapan dibawa ke situ. Tentang kos, itu saya tidak mahu cakap tapi ia sama seperti rakaman album yang lain, cuma lebih sikit sahaja,'' jelas Awie.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
Tonton Video :: Low Resolution + High Resolution
----------------------------------------------------------------------------------
Mata, Hati, Jiwa

Maafkan aku mengganggumu
Cuma ku ingin kau tahu
Ruangan dihatiku hanyalah untukmu
Hari hari ku yang berlalu
Riang ceria kernamu
Mana adanya aku pasti ada kamu

Andainya engkau tahu perasan hatiku
Pastinya kau kan tersenyum diwaktu manis harimu
Biarkan biarlah tau teguh auranya (cintaku) (teguh) kerana kamu
Kau sentiasa berada di mataku, hati dan jiwa

Maafkan aku mengganggumu
Dilewat malam malam mu
Inginku temanimu sebelum lenamu

Izinkan aku dekatimu
Inginku tawan cintamu
Agar dapat ku jadi dewata hatimu
 

P0PdRIVE Copyright © 2008