Eric, mungkin ada yang mengingantinya bila dikatakan beliau adalah penyanyi duet Melly Goeslow untuk lagu 'Ada Apa Dengan Cinta'. Eric atau nama sebenarnya Muhammad Erlangga Adi Nugraha kini telah hadir dengan album keduanya yang berjudul 'Hanya Bermodal Cinta'. Sedikit latar belakang mengenai Eric. Eric memulakan kariernya sebagai penyanyi ini adalah sebagai bidan terjun untuk bandnya di zaman persekolahan. Waktu itu Eric adalah sebagai gitaris band tersebut. Ketiadaan vokalis menjadikan Eric sebagai penggantinya. Selepas itu, Eric bersama bandnya telah menghantar demo mereka ke beberapa buah label. Akhirnya ada sebuah label tertarik dengan demo mereka. Namun mereka bukan tertarik pada muziknya tetapi pada vokal Eric. Eric akhirnya mendapat tawaran untuk berduet dengan Melly untuk lagu 'Ada Apa Dengan Cinta'. Dengan populariti yang ada selepas lagu itu meletup, Eric terus mengeluarkan album pertamanya yang berjudul 'Buka Hati' pada 2003. Namun, kejayaan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Kegagalan itu menyebabkan bekas mahasiswa Universiti Islam Indonesia ini kembali tenggelam. Selepas berdiam diri selama 3 tahun, dia tampil dengan hasil karya terbarunya ini. Single pertamanya yang juga judul album ini telah menarik perhatian penggemar muzik di Indonesia dan Malaysia. Lagu ini berjaya menduduki tangga top 10 beberapa carta radio utama di Indonesia dan Malaysia.
Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
TeruntukmuHanya Bermodal CintaJangan Kau PergiJalani SajaKelabuCeria Masa LaluJika InginkankuManisnya PerpisahanTak Selalu IndahKeduaSesuatu Yang Hilang ----------------------------------------------------------------------------------Hanya Bermodal Cinta
Saat pertama kali ku dengar suaramu
Hati kecil ku berkata ada sesuatu
Mungkinkah dia gadis terakhir untukku
Yang selama ini ku dambakan
Sampai akhirnya ku kenal kau lebih jauh
Hingga aku yakin kamu lah yang terindah
Meski dinginnya sikapmu akan tingkahku
Sedikit pun aku tak peduli
Beri senyuman mu didepanku
Semakin membuatku penasaran
Berharap nanti kau ku miliki
Sampai di ujung senja
Maafkan lah sayang bila kau tak berkenan
Mungkin aku hanya lelaki hina
Bermodal kan cinta tulus kesetiaan kepadamu
Sebisanya kan ku senangkan kau selalu
Meski hanya dengan sebuah lagu
Lagu tentang cinta
Cinta ku padamu saat ini