Tuesday, October 31, 2006

Komentar :: Search - Nyata Dan Maya


Setelah beberapa bulan album 'Gothik Malam Edan', akhirnya lagu ini menjadi single hit pertama mereka. Walaupun kini sering diputarkan diradio, ia masih belum cukup untuk membolehkan ia menduduki mana-mana carta radio tempatan. Sebenarnya pada kali pertama mendengar album ini, memang sudah dijangka lagu ini akan lebih mudah diterima. Ini kerana jika dibandingkan dengan lagu-lagu lain yang terdapat dalam album ini, jelas lagu ini lebih mudah melodinya, muzik yang lebih ringan, gaya penyampaian yang bersahaja yang pastinya ia lebih mudah melekat di telinga pendengar. Tidak hairan juga jika album ini adalah laku di pasaran hanya disebabkan lagu ini.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Nyata Dan Maya

Kulihat indah hari depanmu
Mentari sentiasa
Menerangi

Bumi indah di telapak kakimu/
Bumi yang ditelapak kakimu
Kan terbentang menjadi
Oh milikmu
Cekallah sayang
Dalam menempuhi
Dunia ini
Saban hari
Adakalanya
Mendung jua kunjung
Bersabarlah

Ku kan selalu denganmu,kasih
Dalam jasadku yang nyata atau maya
Kerana ku terlalu mengendah
Suka dukamu setiap ketika

Ku kan selalu denganmu,kasih
Dalam kau bertatih atau kau berlari
Andai kau jatuh kubantu(kau)bangun
(oh sayang)semula
Andai kau jatuh ku bantu kau bangun semula

Ku tahu kau pastikan bersinar
Bagai sebutir bintang
Gemerlapan

Keyakinan kau bukannya kosong
Lahir dari hati yang
Kenalimu
 

P0PdRIVE Copyright © 2008