Monday, February 12, 2007

Komentar :: Ella - Rama-Rama


Selain daripada itu, Ella turut memberi nafas baru kepada beberapa buah lagu seperti Dekat Padamu serta nyanyian medley lagu daripada kumpulan Radja iaitu Jujur dan Takkan Melupakanmu.

"Ella memberi feel yang amat berbeza seperti arranggement Jujur/Takkan Melupkanmu, arranggementnya lebih kepada balada serta membawa mood yang sedih.

Maklumlah, rentak asalnya cepat walaupun lagu itu berkaitan dengan kisah putus percintaan," ujar Ella yang turut mendendangkan lagu tersebut di majlis pra-dengar album terbarunya yang bakal diedarkan di pasaran pada 23 Januari ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa arrangement yang dilakukan oleh Mc Chew amat berkesan serta tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa versi yang dibawa oleh Ella jauh lebih baik daripada versi yang asal.

Beberapa langkah untuk mempergiatkan promosi album ini sudahpun dirancangkan di antara Ella dan pihak rakamannya, EMI Malaysia.

"Ella akan mengadakan beberapa siri roadshow. Bukan ke bandar-bandar yang besar tetapi di sekitar daerah Felda di seluruh negeri.

"Sudah lama Ella tak turun padang dan berjumpa dengan peminat-peminat terutamanya dari kawasan kampung," ujarnya lagi mengenai roadshow yang bakal dimulakan sejurus sahaja pelancaran album Rama-rama.

Sumber :: Mstar.com.my

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
Dua Sejoli
Dekat Padamu
JTM - Jujur Takkan Melupakanmu
Imagine
Rama-Rama
Harum Ikhlas
Sekilas Cinta
Won't Let You Down
 

P0PdRIVE Copyright © 2008