Wednesday, February 28, 2007

Komentar :: Estranged - Itu Kamu


Estranged bukanlah merupakan sebuah band baru. Ia telah ditubuhkan pada 2001. Namun baru sekarang mereka dikenali. Mungkin sebab utamanya adalah kerana penyanyinya Rich - iaitu seorang peserta AF4 yang sedikit sebanyak memberi publisiti kepada Estranged. Estranged dianggotai Din (pemain gitar), Ken (pemain bass) , Hanafi (pemain gitar) dan Andy (pemain drum) yang turut merupakan pengacara untuk Hitz. TV di saluran 15, Astro.
Pada tahun 2005, Estranged melahirkan album pertama mereka yang berjudul 'In Hating Memory'. "Album tersebut dihasilkan dengan wang kami sendiri dan diterbitkan oleh syarikat rakaman kami EAD Records," ujar Rich.
Dengan populariti Rich sebagai anak didik Akademi Fantasia, Maestro kini bakal menerbit semula dan mengedar album tersebut sebagai repackage. Album tersebut memuatkan 11 buah lagu berbahasa Inggeris termasuk lagu yang kini berputar di stesen-stesen radio Inggeris, Chocolate Syrup. Album 'In Hating Memory' turut menampilkan sebuah lagu berbahasa Melayu.
"Lagu itu berjudul 'Itu Kamu'. Lagunya berkonsepkan ala rock Indonesia. Kami mahu menembusi pasaran mereka dan salah satu cara untuk berbuat demikian adalah untuk mengadaptasi lagu mereka ke dalam muzik kami.

Sumber :: Mstar Online

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Itu Kamu

Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang

Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puas ku, mengiringi semua tawa dan tangisan mu,
Anggun jiwamu, pelita yg terang

Hatiku mahu mu
Rupa mu
Masih masih masih masih...

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu

Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya...
 

P0PdRIVE Copyright © 2008