Menyebut nama Fazli Zainal, mungkin ramai tertanya-tanya, siapakah gerangan jejaka terbabit? Bersiap sedia sajalah sebab penyanyi ini bakal tampil dengan album pertama tidak lama lagi. Diterbitkan syarikat baru, U’quotient Records, album itu kini memasuki peringkat akhir proses persiapannya sebelum diletakkan di rak CD dan kaset peminat muzik tempatan. Fazli sebenarnya bukan nama asing bagi mereka yang gemar berhibur di kelab malam dan hotel. Penyanyi ini juga sering menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, termasuk Malaysian Idol (MI) musim pertama, pada 2004. MI jugalah pertandingan paling berjaya buat lelaki berusia 29 tahun ini apabila dia terpilih sebagai peserta Top 12, biarpun tersingkir seawal minggu pertama. wakil media. Lagu terbabit ialah Sejuta Nafas Cinta (sebuah lagi lagu balada ciptaan Hazami yang berpotensi untuk popular), Mantera Sakti, Harapan, Haruskah, Ke Akhir Masa, Ku Bukan Boneka (menampilkan Terry Lee), Hadirmu Cuma Seketika, Lihatlah (menampilkan Dina), Ku Tetap Bersamamu dan Penghujung Cerita. Album berkenaan bukan saja menampilkan ciptaan komposer muda tempatan, malah sebuah lagu ciptaan Pengiran Sufri Bolkiah turut dimuatkan. Lagu itu, Ku Tetap Bersamamu, diterbitkan di Indonesia oleh Edlanda Yunita, anak didik komposer terkemuka negara berkenaan, Indra Lesmana. Harapan diletakkan dalam kategori pop bebas kini berada di pasaran menerusi edaran Sony BMG Music Entertainment (M) Sdn Bhd.Penilaian :: +++-
Muat turun :: MP3
Sejuta Nafas Cinta
Mantera Sakti
Harapan
Ku Bukan Boneka (feat Terry Lee)
Ke Akhir Masa
Haruskah
Hadirmu Cuma Seketika
Lihatlah (feat Diana Msia Idol)
Ku Tetap Bersamamu
Penghujung Cerita
Harapan (Minus One)
