Thursday, February 22, 2007

Komentar :: Felix - Aku Pencintamu


Akhirnya album solo pemenang tempat ke-2 Akademi Fantasia 3, Felix muncul dengan album Aku Pecintamu. Segera dapatkan di pasaran!.
Felix anak kelahiran Sabah kini boleh menarik nafas lega kerana kemunculan album barunya membolehkan beliau terus berada di persada seni. Album Aku Pencintamu yang memuatkan lapan buah lagu ternyata memberi keyakinan kepada industri muzik tempatan bahawasanya kita tidak ketandusan penyanyi lelaki yang mempunyai vokal yang berkualiti.
Bermula dengan single Aku Pencintamu, lagu ini menjadi taruhan Felix dan ternyata ianya menjadi! Aku Pencintamu segera mendapat tempat di corong-corong radio tempatan dan menjadi antara lagu yang kerap diminta oleh para pendengar. Aku Pencintamu adalah ciptaan dan lirik oleh Ajai.
Namun saya lebih mengemari lagu di trek kedua berjudul Jiwa Kita Cinta Kita karya M.Nasir dan lirik oleh Lolog. Bagi saya vokal Felix sesuai dengan irama pop rock dan saya yakin lagu ini akan menjadi hit tidak lama lagi.
Terdapat sebuah lagu berirama sentimental berjudul Ganit Piginawaan. Ia sebuah lagu yang menarik bukan sahaja muziknya yang lembut tetapi liriknya yang dihasilkan di dalam bahasa Dusun. lagu ini adalah ciptaan George Lian dan lirik oleh beliau juga.
Lain-lain lagu yang terdapat di dalam album ini adalah seperti Setia Menanti, hakikiat, Syair Cintaku dan satu lagu medley Kudaku Lari..Berjuta Batu.
Sejjujurnya saya suka pada vokal Felix kerana beliau tidak perlu menjerit dan kawalan suara beliau juga baik. Kepada Felix, semoga berjaya dengan album Aku Pencintamu dan kepada anak yang pernah mengundi beliau ketika di AF3, segeralah dapatkan album ini di pasaran. Bagi saya ia adalah sebuah album yang berbaloi untuk dimiliki.

Sumber :: ERA.fm

Penilaian :: +++
Muat turun :: MP3
01 - Aku Pencintamu
02 - Jiwa Kita Cinta Kita
03 - Padam Dan Nyala
04 - Ganit Piginawaan
05 - Sentiasa Menanti
06 - Hakikat
07 - Syair Cintaku
08 - Medley Kuda Ku Lari... Berjuta Batu
 

P0PdRIVE Copyright © 2008