Showing posts with label Ratu. Show all posts
Showing posts with label Ratu. Show all posts

Sunday, July 2, 2006

Komentar :: Ratu - Lelaki Buaya Darat


Ratu muncul kini dengan album terbaru mereka yang berjudul 'No.Satu'. Album ini telah dilancarkan pada 22 Mei 2006 di Indonesia. Pada tarikh itu juga Ratu telah melancarkan single terbaru mereka yang berjudul 'Lelaki Buaya Darat'. Lagu dan lirik lagu ini adalah tulisan Maia sepenuhnya. Maia juga bertindak sebagai lead vocal untuk lagu ini. Tidak seperti kebiasaanya, posisi lead vocal adalah untuk Mulan. Lagu yang berentak pop rock ini di tampilkan dengan melodi yang begitu 'catchy' dan liriknya yang bersahaja. Liriknya mengisahkan perasaan seorang wanita yang telah dipermainkan oleh lelaki. Dengan penyampaiannya yang mudah tapi menarik tidak mustahil lagu ini akan mudah meletup di Malaysia. Walau apapun, lagu 'Teman Tapi Mesra' masih lagi hasil yang terbaik dari Ratu. Untuk pengtahuan anda, album ini juga memuatkan lagu 'Teman 'Tapi Mesra' versi piano.

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Lelaki Buaya Darat

Lihatlah
Pada diriku
Aku cantik dan menarik
Dan kau mulai dekati aku

Ku beri sgalanya
Cinta harta dan jiwaku
Tapi kau malah menghilang
Bagai hantu tak tau malu

Lelaki buaya darat
Busyet aku tertipu lagi
Mulutnya manis sekali
Tapi hati bagai serigala

Ku tertipu lagi oh
Ku tertipu lagi oh

Ku beri sgalanya
Cinta harta dan jiwaku
Tapi kau malah menghilang
Bagai hantu sakitnya aku

Mungkin aku bodoh
Mungkin aku naif
Atau mungkin memang kamu
Penjahat wanita

Tapi untung nya
Aku masih punya kekasih yang lain
Tapi mengapa aku
Masih saja tertipu olehnya

Friday, May 19, 2006

Komentar :: Ratu - Ratu & Friends


Ratu merupakan satu-satunya kumpulan duo wanita yang ada di Indonesia. Dianggotai oleh Maia dan Mulan, album pertama mereka telah dikeluarkan pada tahun lepas ini lebih kepada album pengenalan mereka untuk menempa nama dalam industri muzik Indonesia. Nyata album pertama ini yang turut memuatkan lagu-lagu dari artis lain seperti Sheila on 7, Glenn Fredly, Padi, Radja ini telah terjual lebih 200,00 unit di Indonesia.
Dalam album ini juga memuatkan dua lagu baru iaitu Teman Tapi Mesra dan Di Dadaku Ada Kamu. Teman Tapi Mesra merupakan single pertama mereka telah menjuarai beberapa carta utama bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia dan Singapura untuk beberapa minggu. Lagu ini begitu 'catchy' sekali lebih lagi dengan gaya nyanyian manja Mulan membuatkan lagu ini lebih menarik dan menghiburkan. Ternyata gandingan duo ini begitu menjadi sekali.

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3 - Full Album [RapidShare]
Manual untuk muat turun dari RapidShare
 

P0PdRIVE Copyright © 2008