Showing posts with label Spider. Show all posts
Showing posts with label Spider. Show all posts

Friday, February 8, 2008

Spider - Bila Nak Saksi



Bila Nak Saksi

Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
kala ku bukakan mata

Kau masih belum pun ku dakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan
Kau dapat bersama

Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai

Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi
Kau datang terkulai
Bila nak saksi
Kau datang membelai
Bila nak saksi
Cintaku sampai
Bila nak saksi
Cintamu kugapai

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan

Rating - ++++
Download - MP3 | Ringtone

Tuesday, October 3, 2006

Komentar :: Spider - Dari Telinga Sampai Ke Tulang


Spider telah mengeluarkan single terbarunya yang berjudul 'Dari Telinga Sampai Ke Tulang'. Lagu ini merupakan lagu runut bunyi unutk filem 'Cicakman'. Mungkin anda kerap mendengar lagu ini diputarkan diradio. Sememangnya lagu ini sedang hangat di stesen-stesen radio tempatan.Ini merupakan single runut bunyi pertama dari Spider manakala yang kedua bagi Tam.Tam pernah menyanyikan lagu runut bunyi sebelum ini untuk filem Castello. Lagu yang rancak ini sememangnya segar apabila didengar, melodi yang mudah, cuma liriknya sahaja yang kurang jelas didengar. Maaf di sini tidak dapat disiarkan liriknya.

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
 

P0PdRIVE Copyright © 2008