Nikki telah tampil dengan single hitsnya yang berjudul Caramu. Ini merupakan single kedua dari album pertamanya yang berjudul Maharani yang telah dilancarkan pada November 2005. Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat adalah peserta top 4 rancangan program realiti Malaysian Idol yang pertama. Berada dalam posisi ke 4 dalam program realiti tersebut bukanlah bermakna Nikki berada dibelakang Jac dan Dina dari segi kualiti. Kualiti nyanyian dan vokal Nikki memang hebat. Tidak salah jika dikatakan bahawa beliau lebih baik dari Jac dan Dina. Jelas belaiau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Dengarkan persembahannya di dalam lagu ini dan pasti anda bersetuju.Untuk lagu ini, ia adalah ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Nurfatimah. Lagunya agak unik dan kedengaran agak urban. Mungkin kerana banyak alat muzik seperti percussion khususnya yang digunakan bagi mengisi setiap ruang dalam lagu ini. Penampilan Zahid dalam lagu ini juga banyak membantu lebih mantap terutama dari segi persembahan keseluruhannya. Pada hujung minggu lalu, lagu ini telah menjuarai Carta Era dengan mengenepikan Siti Nurhaliza yang telah bertahan menjadi juara untuk beberapa minggu.
Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
Manual untuk muat turun dari RapidShare
----------------------------------------------------------------------------------
Caramu
Caramu dan caranya berbeza…
Zahid:
Di sini bermula pertemuan pandang pertama
Hanya dingin bersuara tapi tidak terkata
Siang tercari-cari malam termimpi-mimpi
Gadis yang di impi mungkinkah jadi realiti
Personalti, hati budi ingin ku kenali
Dan tak dengar fantasi, pria fantasia
Kini kembali, hey Nikki penglipur lara
Alunan suara mula bercerita
Langkahmu yang menggoda
Gayamu mempesona
Jelaslah kau jatuh cinta kepadanya
Malang kau hanya dianggap fantasi atau jelmaan
Di dalam angan-angan yang dia ciptakan
Dalam khayalan kau rupawan
Selama-lama kau didamba
Namun hakikat kau sering saja dipergunakan
Caramu dan caranya berbeza
Ini semua permainannya
Baik lupakan saja kerana kau
Jika bersama dia hidupmu kan sengsara
Berkali-kali telah ku ingatkan
Langkahmu makin dekat padanya
Ingin menjerat akal mu pasti lena dibuai katanya
Telah ku kenal si dia
Yang hanya pandai berpura
Memikat dan menawan mangsa ‘tuk diperdaya
Dia janjikan kemewahan
Dan perkahwinan keindahan
Namun hakikat kau sering saja dipergunakan
Tak sanggup ku lihat kau derita
Menurut segala mahunya
Kau keliru dan kau tersiksa
Cintamu hanya dipersia
Zahid:
Hey Nikki! What?
Wo..tiada ku sangka begini jadinya
Lembut lidah manis kata semuanya dusta
Diperdaya janji semua kosong belaka
Masa dan tenaga disiakan begitu saja
Rupa parasmu buatku tertawan
Lenggang lenggok pinggulmu
Yang jadi bahan tatapan
Yang ku inginkan kejujuran
Tapi pembohongan yang kau berikan
Seperti peribahasa
Tiada beban batu digalas
Tanpa cintanya diriku kini bebas
Ku berserah semuanya pada Mu Tuhan
Setiap yang berlaku pasti dalam ingatan
Kini ku tahu manusia semua berbeza
Inginkan kemewahan bukan persahabatan
Benar kata mu ku hargai nasihatmu kawan
Cara kita berbeza
