Monday, May 15, 2006

Komentar :: Adam - Jatuh


Lagu ini merupakan single terkini dari Adam yang juga adalah ciptaan Edry KRU sepenuhnya. Apa yang membuatkan lagu ini menarik bukan kerana Adam atau liriknya, tetapi kerana melodinya yang menarik. Jika dihayati lagu ini dengan teliti, melodinya cukup baik di garap pula dengan alunan muzik yang amat serasi. Bukan untuk menjatuhkan Adam, tapi nyanyiannya ini agak 'streotype' dengan KRU atau lebih tepat ala-ala Yusry yang menjadi idola Adam sendiri. Adam tak pernah lari dari imej nyanyian KRU walaupun pernah dikritik sejak dari dalam Akedemi Fantasia lagi.
Berkenaan lirik lagu ini, tiada yang istimewa. Patah katanya tidak dapat disesuaikan dengan melodi. Gaya penulisan mencerminkan penulis liriknya yang kekurangan idea untuk menyampaikan lirik yang lebih baik dan indah kepada pendengar. Kekuatan lagu ini memang hanya pada melodinya sahaja. Apapun ia amat bertuah untuk berada di sini.

Penilaian :: +++
Muat turun :: MP3 [RapidShare]
Manual untuk muat turun dari RapidShare
----------------------------------------------------------------------------------
Jatuh

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu
 

P0PdRIVE Copyright © 2008