V.E atau Voices of Euphonious adalah sebuah kumpulan yang popular ditanahair ketika ini.Single terbaru mereka 'Rozana' merupakan single yang terdapat didalam album mereka yang berjudul V.E Specially For You - Platinum Edition. Rozana merupakan sebuah lagu yang boleh dikategorikan sebagai lagu rock klasik tanahair sememangnya telah dan masih popular dan masih boleh diingati bait-bait liriknya oleh generasi muda hinggalah yang berumur. Melodinya yang indah dan mudah dihayati adalah faktor utama mengapa lagu ini masih digilai dan dengan sebab inilah mengapa V.E ingin menyanyikannya semula.Nyanyian V.E dalam lagu ini memang amat baik sekali dan mereka sememangnya kumpulan 'boy band' yang terbaik di Malaysia. Dengarkan nyanyian dan keharmonian suara mereka, pasti anda akan mengiktiraf kualiti vokal kumpulan ini. Memang tak dapat disangkal, tak pernah ada kumpulan yang tahap vokalnya sebaik mereka sebelum dan sekarang ini. Mereka yang terbaik dalam genre muzik mereka. Apapun untuk Rozana, versi rock masih yang terhebat.
Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3 [RapidShare]
Manual untuk muat turun dari RapidShare
----------------------------------------------------------------------------------
Rozana
Gadis idamanku
Hanya engkau yang satu
Hadir lah dalam mimpi mimpiku
Biar seribu biar ramai menganggu
Pada ku engkau lah Ratu
Sejak mula bertemu
Kau buat siangku sedingin salju
Dan malam jadi hangat
Sehangat cintamu...
Kasihku
Rozana
Kau Gadis idamanku
Dua hati menjadi satu
Bila kita bertemu oh Rozana
Rozana
Gadis idamanku
Bila kan sampainya waktu
Kasih kita bertemu dalam cinta
Rozana
