Wednesday, May 3, 2006

Komentar :: Dewa 19 - Larut


'Larut' merupakan salah satu lagu yang dijangka hit yang terdapat didalam album Republik Cinta. Lagu ciptaan Ahmad Dhani ini jelas menarik dari segi melodi,lirik dan susunan muziknya. Kepada sesiapa yang kali pertama mendengar lagu ini pasti akan merasakan lagu ini menarik. Tidak perlu mendengarnya beberapa kali untuk merasakan lagu ini sedap.
Lagu yang berentak moderate ini mengisahkan perasaan seorang lelaki atau wanita yang mengalami perasaan cinta yang tak pernah dirasakan sebelum ini. Liriknya simple tapi agak puitis. Jika dilihat pada korus lagu ini, hanya terdapat beberapa baris ayat dan patah perkataan sahaja. Begitu juga dengan rangkap pertama,ia diungkap dengan ayat yang mudah tapi romantik. Ini adalah kelebihan Dewa dan kebanyakan band Indonesia, dapat menghasilkan melodi yang sedap didengar dan liriknya pula dekat dihati pendengar. Ini membuatkan lagu mereka mudah diingati dan sentiasa dihati peminat. Lagu ini masih yang terbaik dari Dewa.

p/s: Cuba download dan dengar lagu ini, pasti tak menyesal...

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3 / Chord
Manual untuk muat turun dari RapidShare
----------------------------------------------------------------------------------
Larut

Mungkin aku pernah juga merasakan cinta
Tapi tak pernah seindah ini

Mungkin aku juga pernah merasakan rindu
Tapi tak pernah sedalam ini

Mungkin kamu takkan pernah percaya
Bahwa sesungguhnya
Aku telah terjatuh

Ku akui..
Aku telah larut..
Larut ke dalam..
Kamu...
Yang ku cintai..
 

P0PdRIVE Copyright © 2008