Pretty Ugly muncul lagi dengan album terbaru yang berjudul Rockaholic yang telah dilancarkan pada April lalu. Single terbaru mereka berjudul 'Jika Diberikan Satu Peluang' adalah lagu yang dijangka hits dalam album kali ini. Single ini telah diputarkan diradio dari awal tahun ini dan ia mungkin salah satu strategi syarikat rakaman untuk menarik perhatian pendengar untuk mendapatkan album terbaru ini.Versi akustik untuk lagu ini juga terdapat dalam album 'Rockaholic' ini. Konsep album ini masih lagi sama dengan album-album sebelum ini. Walaubagaimanapun lagu-lagu mereka masih berada dalam kelas tersendiri. Kreativiti Neves dalam menghasilkan lagu-lagu berkualiti masih belum kering. Jika anda mengikuti perkembangan dari album pertama, anda akan dapat merasakan keunikan mereka.
Penilaian ::++++-
Muat turun :: MP3 [RapidShare]
Manual untuk muat turun dari RapidShare
----------------------------------------------------------------------------------
Jika Diberikan Satu Peluang
Jika diberikanku satu peluang
Apa yang aku impikan
Pulihkan segala kesilapan
Jika diberikanku satu peluang
Kembali ke masa silam
Kan kupilih ke tarikh kita dulu
Bagai dijanjikan
Pertemuan singkat waktu itu
Bagai dituliskan
Kesetiaanmu
Korus:
Pernah dulu kusebutkannya
Pernah dulu ku ingkarinya
Bukan bermaksud
Lukakan hatimu
Ku lakukannya untuk kita
Ku lakukannya demi cinta
Bukan bermaksud
Maafkan diriku
Jika diberikanku satu peluang
Apa yang aku inginkan
Diriku dirimu dulu
Jika diberikanku satu peluang
Tembusi masa depanku
Kan kusuluh tiga tahun dari situ
Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saat yang ku nanti dikau bahagia
