Lagi lagu terbaik dari Preety Ugly. Dimuatkan didalam album terbaru mereka Rockaholic yang telah berada di pasaran dua bulan lepas. Daya tarikan lagu ini terletak pada melodi, lirik dan juga nyanyian Neves yang bersahaja. Lagu yang sedang popular ketika ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Neves. Lirik lagu ini seperti lagu-lagu Pretty Ugly yang lain yang seperti bercerita. Tiada maksud tersirat. Semuanya jelas dan mudah difahami. Lirik seperti ini juga lebih mudah diingati kerana penyampaiannya yang bersahaja. Susunan muzik Pretty Ugly juga tak banyak perbezaan dengan lagu lain. Apapun Pretty Ugly tetap unik dalam industri muzik tanahair.Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Diari Seorang Lelaki
Dari semalam ku tunggu
Fikir kau pulang ke pangkuanku
Ku dengarkan lagu cinta
Pilihan terbaik kita
Ku mainkan cd berulang
Lupakan segala ucapan
Perpisahan yang kau pinta
Benar dikau ku cinta setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
Belikan aku diari ku tulis setiap hari
Terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
Katakan saja kau rindu setahun ku hilang arah
Ku tempahkan tiket sehala malam ini kitakan bertemu
Tunggu di bawah lampu
Bercinta, berkasih bagai Adam dan Hawa
Bergaduh, selisih buat kita sempurna
Janganlah dipendam luahkan perasaan
Tiada benci, iri hati itulah destinasi
