
Lagu ini merupakan Lagu ini merupakan lagu tema bagi drama bersiri 'Dunia Baru' yang kini sedang popular ditayangkan di TV3. Lagu ini terdapat di dalam album Elyana 'Bicara Mata Ini'. Pada ketika ini populariti drama bersiri tersebut banyak membantu untuk semakin diminati. Lagu ciptaan oleh AG Coco manakala lirik pula oleh Loloq ini berentak pop dan moden. Dengan imej remaja yang dibawa Elyana, tidak hairanlah lagu ini juga lebih menarik minat dari golongan tersebut. Berkenaan liriknya pula, ia mudah difahami dan jelas maksud pada setiap baitnya . Lagu ini mengajak pendengar untuk melakukan apa sahaja dengan perasaan cinta dan kasih sayang yang pastinya akan membuatkan kita merasa lebih indah dan tenang.Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Pakai Kanta Cinta
Cuba pakai kanta cinta
Dunia kan nampak indah
Warna suram macam muram
Bagai ditirai pelangi
Orang yang tak kau kenal
Melemparkan senyuman lambaikan tangan
Cuba pakai kanta cinta
Harimu kan nampak tenang
Jalan hidup depan redup
Jelas tersusun terarah
Orang kecil dan besar
Menghulurkan bantuan menyulam ihsan
Cuba pakai kanta cinta
Hatimu kan rasa senang
Cuba pakai kanta cintamu
Pasti kau kan puas hati
Cuba pakai kanta cinta
Dunia kan nampak indah
Warna suram wajah muram
Bagai ditirai pelangi

