Tuesday, June 6, 2006

Komentar :: Siti Nurhaliza - Siti Situ Sana Sini


Siti Situ Sana Sini, bunyi judulnya agak lain. Begitu juga dengan lagunya yang mempunyai kelainan dari lagu-lagu Siti sebelum ini.Lagu yang dimuatkan di dalam album Transkripsi ini adalah ciptaan dua anggota VE iaitu Damien sebagai penciptanya dan Cham pula sebagai penulis liriknya. Lagu berirama pop ini lebih kedengaran urban dengan elemen hip-hop diselitkan di dalamnya. Mudah di dengar,'catchy' dan lirik yang mudah pastinya akan menarik minat mendengar untuk meminati lagu ini. Lagu ini sememangnya mempunyai pengaruh VE yang terkenal dengan lagu yang catchy dan sedap didengar apabila Lah VE juga bertindak sebagai penerbit untuk lagu ini. Vokal Siti pula memang tiada apa yang perlu dipersoalkan.

Penialaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Siti Situ Sana Sini

Di bawah cinta satu benua
Ku berlari mencari satu cinta
Cintamu ku ke syurga
Kan ku bawa ia

Di bawah cinta satu benua
Ku berlari mencari satu cinta
Cinta ku kan ke syurga
Kau, ku bawa ia
(siti situ sana sini)

Pernahkah kau terfikirkan aku
Perlukah ku mencuba
Haruskah ku mengalah ohhh…
Cintaku damba
Situ sana sini tak tercipta…

Jauh berlari
Cinta ku pasti
Pudar nanti… dirimu
Dengan hati
Ke awan (yang) biru terbangku

Ingin aku dibelai cintamu
Ingin aku dirinduimu
Tak tercapai perasaan
Bawaku terbang bersamamu kasih…

Seribu musim berganti
Hari berulang hari
Impikan kau hadir di sisi
Nyanyian sukmaku
Teruskanku di sini menanti kasih..
 

P0PdRIVE Copyright © 2008