Ini merupakan salah satu lagu yang terdapat di dalam album terbaru Siti Nurhaliza iaitu Transkripsi. Lagu ini adalah ciptaan Melly Goeslow sepenuhnya. Lagu berentak ballad ini kedengaran agak biasa dari kebanyakan lagu Siti dalam album-album sebelum ini. Tiada yang istimewa dari melodi hingga ke sususan muziknya. Cuma ada perbezaan sedikit pada suara Siti ketika menyanyikan lagu ini. Seakan kurang lemak seperti kebiasaanya. Tapi nyanyian Siti tetap baik walaupun lagu ini tidak memberi cabaran terhadap vokalnya. Tulisan lirik oleh Melly Goeslow juga seperti kebanyakan lirik dalam lagu-lagu penyanyi Indonesia yang maksudnya jelas dan mudah difahami. Keseluruhannya lagu ini hanya pada tahap biasa sahaja.Penilaian :: +++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Pastikan
Lihatlah langit di atas sana
Tersenyum melihat tingkah kita
Selalu ada peristiwa
Yang membawa pertengkaran
Maksudku hanya ingin yang baik
Untuk kita berdua dalam bercinta
Baiknya aku buruknya aku
Terimalah aku apa adanya
Pastikan kau dengan aku
Jangan ada cinta lain
Tak pernah aku terlintas
Niat ku untuk berpaling
Maafkanlah aku sayang
Bila belum kau bahagia
Sejauh langit di atas
Kan ku kejar bahagiamu
Biar langit dan bumi meruntuh
Biar jasad kita tertimbun di sana
Tetap bersama, tak ingin lepas
Mencintaimu ku jadi begini
