Thursday, May 25, 2006

Komentar :: Elyana - Bicara Mata Ini


Tak Tercapai Akalmu merupakan single pertama Elyana yang terdapat di dalam albumnya Bicara Mata Ini. Album ini telah pun berada dipasaran beberapa bulan lalu. Lagu ciptaan Aidit Alfian ini kedengaran agak berlainan dari pada lagu melayu masa kini. Ada keistimewaannya tersendiri. Sukar untuk digambarkan mengenai keistimewaannya. Mungkin ia terletak pada
melodi dan susunan muzik yang menarik. Liriknya juga menarik untuk dihayati. Ia adalah hasil nukilan AD Samad. Lagu ini telah menjadi lagu tema drama bersiri 'Marikas' di slot Samarinda yang masih disiarkan di TV3.Secara keseluruhannya lagu ini memberi kepuasan kepada yang mendengar.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Tak Tercapai Akal Mu

Ku congak apa yang di depan ku sebelum atur langkah,
Ku tahu kan ke mana,
Tak mudah aku kan diperdaya,
Dengan pujuk dan rayu hasut ke dunia mu.

Sesungguhnya ku lebih dari yang kau tahu,
Baik buruknya sesuatu,
Selalunya difikirkan dahulu.

Biar berdentum langit runtuh dan menghempap diriku,
Tidak tergadai tata susila ku,
Yang menggambarkan siapa diriku,
Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini,
Namun takkan ku ubah pendirianku,
Yang membuat aku menjadi aku,
Mungkin sukar untuk difahami
Kerana tak tercapai di akal mu.

Jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa,
Yang kau sangka mudah rebah,
Santun bukan yang ku lemah,
Mudahnya rosakkan dari membina,
Mencemarkan dari memulia,
Tak menghirau dari mengindah
----------------------------------------------------------------------------------
Single kedua yang terdapat di dalam album ini ialah lagu ini. Diriku Tapak Sulaiman. Mungkin rasa janggal sedikit bila mendengar tajuknya, tapi lagunya agak menarik untuk dihayati. Lagu ciptaan Alim ini menampilkan melodi yang sederhana tapi begitu sesuai dinyanyikan oleh Elyana. Lirik pula adalah hasil ciptaan Loloq. Bila dihayati lirik dan melodi lagu ini, ia amat bersesuaian sekali. Memang album Elyana kali ini memang menampilkan lagu-lagu yang menarik dan Elyana juga tampil dengan imej yang lebih rugged dan tidak hairanlah jika dia mempunyai peminat dikalangan remaja.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Diriku Tapak Sulaiman

Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindukan laut
Rindukan hidup

Bagaikan diriku bintang berkelip
Dihujung angkasa bergelut sunyi
Rindukan malam
Rindukan teman
Bacalah kekasih
Bicara mata ini

Rindu tersimpan
Dalam sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah padamu
Pabila kau bersedia

Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampat di pantai berlagu sepi
Rindukan laut
Rindukan hidup
Seperti insan
Yang punya kekasih

Rindu yang tersimpan
Dalam sangkar sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah padamu
Seperti insan
Yang punya kekasih

Bagaikan diriku bintang berkedip
Di hujung angkasa bergelut sunyi
Rindukan malam
Rindukan teman
Bacalah kekasih
Bicara mata ini

Rindu yang lama tersimpan
Dalam sangkar sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah padamu

Rindu yang lama tersimpan
Dalam sangkar sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah padamu
Pabila kau bersedia
 

P0PdRIVE Copyright © 2008