Showing posts with label Elyana. Show all posts
Showing posts with label Elyana. Show all posts

Wednesday, September 3, 2008

Elyana - Molek


Molek

Ku tahu ku bukan terbaik
Namun ku rasa kita molek
Sebagai sepasangan
Merpati dua sejoli

Tik tok tik
Detak detik waktu
Usah dibiarkan berlalu
Tanpa ku disisimu
Tanpa ku kekasihmu

Setiap kali ku baca hikayat cinta agung
Tragedi komedi
Aku terasa
Seolah ia tercipta menceritakan
Tentang kisah kita...

Selalu mahu selalu
Dekat denganmu
Saling denganku
Cemburu, resah dan rindu
Bergaul rasa
Bila kau tiada...

Tik tok tik
Detak detik waktu
Usah dibiarkan berlalu
Tanpa ku disisimu
Tanpa ku kekasihmu

Download - MP3

Friday, April 11, 2008

Elyana - Bukan Satelit


Bukan Satelit

Jelas sudah engkau telah jatuh hati
Masih jua engkau cuba nak sembunyi
Jangan begitu..
Seksa dirimu..

Sampai bila kan berterusan begini
Bina halang guna melindungi diri
Takut berulang..
Hati terluka..
Seperti dulu..

Kita manusia
Bukannya setelit
Mampu terkulai
Mengorbitkan angkasa
Pastinya kita perlukan sentuhan
Jiwa ke jiwa
Menolak sengsara
Kesepian..

Selalunya peluang
Datang sekali
Jangan biar kan ia berlalu pergi
Runtuhkan saja
Segala halang..
Di kelilingmu...

Kita manusia
Bukannya setelit
Mampu terkulai
Mengorbitkan angkasa
Pastinya kita perlukan sentuhan
Jiwa ke jiwa
Menolak sengsara
Kesepian..

Sampai bila kan berterusan begini
Usah hanya kau menjadi
Permerhati..
Dunia berlalu..

Rating - +++-
Download - MP3

Friday, January 18, 2008

Elyana - Kalis Rindu



Kalis Rindu

Desiran daun dihembus angin
Tin kosong dan tong golek ke kaki
Membelah sunyiku

Menonton bayang wajahmu di minda
Kala ku sendirian terpisah jauh
Beerti tanpamu

Babak penantian
Satu ujian
Sekuat mana cinta

Ku tak mungkin
Kalis rindu
Kalis pilu
Bila kau tiada bersamaku
Pendam rindu
Pendam pilu
Hingga kau menjelma ah au…

Berdiri ditingkap merenung ke luar
Lihat kekasih ku yang basah berjalan dalam hujan
Beserta senyuman
Lama ku nantikan

Sekian detikan waktu berlalu
Di alam berkasih
Menjadi rakaman yang berharga
Tak terharga yang berharga

Rating - ++++-
Download - MP3 | Ringtone1 | Ringtone2

Tuesday, June 6, 2006

Komentar :: Elyana - Pakai Kanta Cinta


Lagu ini merupakan Lagu ini merupakan lagu tema bagi drama bersiri 'Dunia Baru' yang kini sedang popular ditayangkan di TV3. Lagu ini terdapat di dalam album Elyana 'Bicara Mata Ini'. Pada ketika ini populariti drama bersiri tersebut banyak membantu untuk semakin diminati. Lagu ciptaan oleh AG Coco manakala lirik pula oleh Loloq ini berentak pop dan moden. Dengan imej remaja yang dibawa Elyana, tidak hairanlah lagu ini juga lebih menarik minat dari golongan tersebut. Berkenaan liriknya pula, ia mudah difahami dan jelas maksud pada setiap baitnya . Lagu ini mengajak pendengar untuk melakukan apa sahaja dengan perasaan cinta dan kasih sayang yang pastinya akan membuatkan kita merasa lebih indah dan tenang.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Pakai Kanta Cinta

Cuba pakai kanta cinta
Dunia kan nampak indah
Warna suram macam muram
Bagai ditirai pelangi

Orang yang tak kau kenal
Melemparkan senyuman lambaikan tangan

Cuba pakai kanta cinta
Harimu kan nampak tenang
Jalan hidup depan redup
Jelas tersusun terarah

Orang kecil dan besar
Menghulurkan bantuan menyulam ihsan

Cuba pakai kanta cinta
Hatimu kan rasa senang
Cuba pakai kanta cintamu
Pasti kau kan puas hati

Cuba pakai kanta cinta
Dunia kan nampak indah
Warna suram wajah muram
Bagai ditirai pelangi

Thursday, May 25, 2006

Komentar :: Elyana - Bicara Mata Ini


Tak Tercapai Akalmu merupakan single pertama Elyana yang terdapat di dalam albumnya Bicara Mata Ini. Album ini telah pun berada dipasaran beberapa bulan lalu. Lagu ciptaan Aidit Alfian ini kedengaran agak berlainan dari pada lagu melayu masa kini. Ada keistimewaannya tersendiri. Sukar untuk digambarkan mengenai keistimewaannya. Mungkin ia terletak pada
melodi dan susunan muzik yang menarik. Liriknya juga menarik untuk dihayati. Ia adalah hasil nukilan AD Samad. Lagu ini telah menjadi lagu tema drama bersiri 'Marikas' di slot Samarinda yang masih disiarkan di TV3.Secara keseluruhannya lagu ini memberi kepuasan kepada yang mendengar.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Tak Tercapai Akal Mu

Ku congak apa yang di depan ku sebelum atur langkah,
Ku tahu kan ke mana,
Tak mudah aku kan diperdaya,
Dengan pujuk dan rayu hasut ke dunia mu.

Sesungguhnya ku lebih dari yang kau tahu,
Baik buruknya sesuatu,
Selalunya difikirkan dahulu.

Biar berdentum langit runtuh dan menghempap diriku,
Tidak tergadai tata susila ku,
Yang menggambarkan siapa diriku,
Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini,
Namun takkan ku ubah pendirianku,
Yang membuat aku menjadi aku,
Mungkin sukar untuk difahami
Kerana tak tercapai di akal mu.

Jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa,
Yang kau sangka mudah rebah,
Santun bukan yang ku lemah,
Mudahnya rosakkan dari membina,
Mencemarkan dari memulia,
Tak menghirau dari mengindah
----------------------------------------------------------------------------------
Single kedua yang terdapat di dalam album ini ialah lagu ini. Diriku Tapak Sulaiman. Mungkin rasa janggal sedikit bila mendengar tajuknya, tapi lagunya agak menarik untuk dihayati. Lagu ciptaan Alim ini menampilkan melodi yang sederhana tapi begitu sesuai dinyanyikan oleh Elyana. Lirik pula adalah hasil ciptaan Loloq. Bila dihayati lirik dan melodi lagu ini, ia amat bersesuaian sekali. Memang album Elyana kali ini memang menampilkan lagu-lagu yang menarik dan Elyana juga tampil dengan imej yang lebih rugged dan tidak hairanlah jika dia mempunyai peminat dikalangan remaja.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Diriku Tapak Sulaiman

Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindukan laut
Rindukan hidup

Bagaikan diriku bintang berkelip
Dihujung angkasa bergelut sunyi
Rindukan malam
Rindukan teman
Bacalah kekasih
Bicara mata ini

Rindu tersimpan
Dalam sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah padamu
Pabila kau bersedia

Bagaikan diriku tapak sulaiman
Terdampat di pantai berlagu sepi
Rindukan laut
Rindukan hidup
Seperti insan
Yang punya kekasih

Rindu yang tersimpan
Dalam sangkar sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah padamu
Seperti insan
Yang punya kekasih

Bagaikan diriku bintang berkedip
Di hujung angkasa bergelut sunyi
Rindukan malam
Rindukan teman
Bacalah kekasih
Bicara mata ini

Rindu yang lama tersimpan
Dalam sangkar sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah padamu

Rindu yang lama tersimpan
Dalam sangkar sanubari
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah padamu
Pabila kau bersedia
 

P0PdRIVE Copyright © 2008