Sunday, July 16, 2006

Komentar :: Agnes Monica - Tak Ada Logika


Agnes Monica atau nama sebenarnya Agnes Monica Muljoto merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri muzik Indonesia. Dengan usia yang baru mencecah 20 tahun, beliau boleh dikatakan seorang artis yang cukup berbakat. Dalam bidang lakonan beliau banyak membintangi drama-drama bersiri yang cukup popular di Indonesia. Kualiti lakonannya juga hebat sehingga ramai yang membandingkannya dengan Dian Sastro. Dan yang terbaru beliau menjadi heroin sebuah drama bersiri di Taiwan disamping Jerry Yan salah seorang ahli kumpulan F4.Drama tersebut berjudul Romance In The White House. Pada 22 Julai ini, beliau akan mengadakan konsert bersama Jerry Yan di Jakarta. Konsert ini akan diteruskan di beberapa buah negara Asia lain. Untuk album terbarunya, 'Whaddup A..?' ia telah dikeluarkan pada Disember 2005 di Indonesia. Ini merupakan album keduanya setelah album pertamanya yang memuatkan lagu 'Bilang Saja' meletup di Indonesia. Single terkini, 'Tak Ada Logika' sudah mula mendapat perhatian pendengar muzik Malaysia. Dan tidak mustahil ia akan menguasai beberapa carta radio tempatan. Melodi cukup menarik, berirama pop rock dan dengan penyampaiannya yang agak 'rebel' atau memberontak. Memang banyak kelainan yang ditonjolkan.

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Tak Ada Logika

Karna aku tak tahu
Kau sudah ada yang punya
Atau bisikan cinta
Ku tahu engkau berdusta

Namun ku tak mau mengerti
Selama kau masih bersamaku
Karna ku suka
Ku butuh cinta yang pernah hilang dariku

Cinta ini kadang-kadang tak ada logika
Bersih smua hasrat dalam hati
Ku hanya ingin dapat memiliki
Dirimu hanya untuk sesaat

Karna aku tak tahu
Kau sudah ada yang punya
Karna kau telah bisikkan cintamu padaku
Ku tahu kau telah berdusta
 

P0PdRIVE Copyright © 2008