Tuesday, July 18, 2006

Komentar :: Fazli Zainal - Harapan


Hai kengkawan sumer ... Haaa.. Apa kata kalau free tu jenguk jenguklah myspace saya.. Boleh dengarkan single pertama saya "HARAPAN" lagu hasil nukilan HAZAMI dan diterbitkan oleh AZLAN ABU HASSAN. Saya adalah bekas 12 Finalis Malaysian Idol musim pertama dan antara yang pertama terkeluar spectacular 12 bersama Sufiah.. Album saya yang diterbitkan oleh Ultimate Records (M) Sdn Bhd bakal diedarkan oleh SonyBMG Music (M) Sdn Bhd insyaAllah pada awal bulan Julai depan. Lagu ini telah pun memasuki Carta HotFM Prelude, berkumandang di Suria.FM, THR.FM di Carta Baru di ERA.FM dan Carta Jom Dengar XFRESH.FM dan telah pun jadi juara buat pertama kali semalam. Lirik lagu turut disediakan diblog saya bersama gambar gambar rakan artis di ruangan pictures. Selain Azlan Abu Hassan dan Hazami, ramai lagi komposer, penulis lirik dan produser lain yang terlibat dalam album sulung saya ini seperti Adnan Abu Hassan, Sham Kamikaze, Joe Fleezow (Too Phat), Aidit Alfian, Terry Lee, Indra Lesmana, Audi Mok dan Tam Spider. Loloq, AD Samad dan Ahmad Fetri Yahya turut menyumbang selain sebuah lagu dari Y.M. Pengiran Sufri Bolkiah dari Brunei dalam album yang bakal menampilkan 10 buah lagu ini. Mengambil masa setahun untuk disiapkan, diharapkan album yang berkonsepkan "Free Pop" ini dapat memenuhi citarasa semua dan diharapkan anda dapat menerima kehadiran saya di persada muzik Malaysia. Kepada yang menyokong kerjaya seni saya selama ini, jutaan terimakasih saya ucapkan.. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas jasa baik kawan kawan semua.. Teruslah menyokong industri muzik Malaysia.

Sumber :: Myspace.Fazli Zainal

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Ku undur diri bersama harapan.

Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku..
 

P0PdRIVE Copyright © 2008