Mungkin ramai di antara kita di Malaysia yang tidak mengenali Samsons. Mereka merupakan band terbaru yang lahir dalam industri muzik Indoenesia. Band yang telah ditubuhkan pada 14 July 2003 ini dianggotai oleh Bams Reguna Buhit (vokal), Erik Partogi Siagian (gitar), Irfan Aulia (gitar), Chandra Christanto (drum) dan Aldri Dataviadi (bass). Album pertama mereka berjudul ‘Naluri Lelaki’ telah dilancarkan pada Nov 2005. Album ini adalah terbitan mereka keseluruhannya. Satu kemampuan yang lazim bagi band-band Indonesia. Pada ketika ini jualan album mereka telah mencapai lebih 600,000 unit. Satu angka yang besar bagi sebuah band baru seperti mereka. Ia berjaya membuka perhatian banyak pihak tentang kualiti dan kreativiti hasil karya mereka. Single pertama mereka iaitu ‘Naluri Lelaki’ berjaya menaikkan nama Samsons dikalangan pengemar muzik Indonesia, kemudian populariti mereka terus melonjak apabila single kedua mereka ‘Kenangan Terindah’ dilancarkan. Kini mereka tampil dengan single ketiga mereka yang berjudul ‘Akhir Rasa Ini’ yang pastinya ia mampu mengekalkan dan menaikkan populariti serta mampu untuk menawan pendengar-pendengar muzik dirantau ini.Sumber :: myspace.com/officialsamson
Penilaian :: ++++-
Muat turun ::
Naluri Lelaki
Kenangan Terindah
Cinta
Akhir Rasa Ini
Dan
Yang Tlah lalu
Kehadiranmu
Dengan Nafasmu
Romansa Cinta
Kutemukan Cinta
Bukan Diriku
Di Penghujung Muda
----------------------------------------------------------------------------------
