
Lagu ini merupakan single kedua Dewa19 selepas "Laskar Cinta". Lagu yang sedang hangat di stesen-stesen radio tanahair iniboleh dikatakan begitu disenangi pelbagai lapisan pendengar. Baik yang remaja mahupun yang agak berusia. Entah kenapa lagu ini begitu mudah menarik perhatian pendengar. Jika dilihat pada melodi dan muziknya, kebiasaannya agak sukar lagu ini menembusi telinga pendengar-pendengar di Malaysia. Apatah lagi jika lagu ini dinyanyikan oleh band tempatan yang pastinya akan dikutuk. Mungkin sebab lagu ini dinyanyikan oleh Dewa19, pengaruh pada namanya sahaja sudah boleh memberi impak kepada pendengar. Tetapi sebenarnya, bukan salah pendengar. Sememangnya lagu ini hebat. Kehebatannya terletak pada melodi dan muziknya. Liriknya pula biasa sahaja. Mungkin lagu ini memang sesuai untuk lirik yang 'simple' dan 'catchy'. Kadang-kala terfikir tentang kemampuan band tempatan. Dimana kemampuan dan kreativiti mereka dalam berkarya. Jika dilihat keadaan sekarang, band-band kita sudah agak jauh ketinggalan. Indonesia terus-terusan menghasilkan band-band yang berkebolehan dan mengenengahkan karya bermutu seperti Ratu, Samsons, Nidji dan ramai lagi. Di Malaysia, siapa yang kita ada?
Penilaian :: +++++
Muat turun ::
MP3----------------------------------------------------------------------------------
Sedang Ingin BercintaSetiap ada kamu mengapa jantungku ini
Berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darahku mengalir lebih cepat
Dari ujung kaki ke ujung kepala
Setiap ada kamu otakku berfikir
Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu
Aku sedang ingin bercinta
Karena mungkin ada kamu disini
Aku ingin...Aku ingin...