
Single pertama dari album '507' Sheila On 7 ini mula mendapat perhatian peminat muzik Indonesia dan Malaysia. Sekarang ini lagu ini berjaya menduduki tangga teratas beberapa carta muzik di Indonesia dan Malaysia. Lagu ciptaan Eross ini berkonsepkan ballad ini begitu berkesan sekali jika dihayati teliti dengan liriknya. Melodinya dan liriknya menjadi kekuatan lagu ini. Ditambah dengan susunan muzik yang juga menarik. Cello digunakan dalam lagu ini bagi memberi kekuatan yang lebih mantap dalam susunan muziknya yang secara tidak langsung memberi kesan yang lebih baik dalam penyampaian lagunya. Vokal Duta juga sebenarnya amat sesuai sekali dengan lagu ini. Mungkin telah ada 'chemistry' yang telah wujud dengan baik antara Eross dan Duta. Sebenarnya apa jua lagu Sheila On 7, kita mampu mengenalinya hanya dengan mendengar melodi dan muziknya sahaja. Keunikan Sheila On 7
memang terserlah.
Penilaian :: ++++-
Muat turun ::
MP3----------------------------------------------------------------------------------Mantan Kekasih
Mantan kekasih yang hilang datang
Ungkapkan besarnya penyesalan
Bagaimana dia menghancurkan aku
Percayalah kau tak aku sesali
Awan hitam menghantui langkahmu
Bagaimana mungkin jika itu pilihanmu
Disini tak lagi jadi rumahmu
Relakanlah semua... berakhirlah sudah
Dan biarkan bintang...menuntunmu pulang
Kau tak selalu bisa punya yang kau inginkan
Kau tak selalu bisa punya yang kau inginkan