Tuesday, July 4, 2006

Komentar :: Fazley - Bila April


Fazley telah kembali dengan album terbaru beliau yang berjudul 'Lain'. Sebenarnya album ini sudah berada dipasaran beberapa bulan yang lalu. Single terkininya 'Bila April' sedang hangat di carta radio-radio tanahair. Ditambah pula dengan tugas Fazley sebagai 'motivator' di dalam Akedemi Fantasia, popularitinya agak meningkat kebelakangan ini. Apatah lagi bila Lotter menyanyikan lagu ini sebagai tugasannya untuk konsert mingguan AF minggu lalu, populariti lagu ini juga agak menyerlah kini.
Untuk album ini, ia boleh dikatakan persiapan yang rapi telah dilakukan oleh Fazley. Dengan menggunakan 6 komposer sebagai penerbit album termasuklah Fazley sendiri, Ajai, Cat Ruffedge, Audi Mok dan yang paling menarik Glenn Fredly menjadikan album ini sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Fazley. Untuk lagu ini pula beliau bersama Ajai telah menulis melodinya manakala lirik tulisan Fazley sepenuhnya. Melodi lagu ini agak menarik, simple dan mudah dihayati. Dengan susunan muzik yang ringkas ia tidak terlalu sukar untuk diadaptasi dalam jiwa pendengar. Liriknya juga mudah difahami dan boleh dikatakan ia agak unik apabila menggunakan 'April' dalam lirik lagu serta tajuk lagunya kerana belum ada lagu melayu menggunakan 'April' dalam lirik lagu dan tajuk lagu.

Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
Manual untuk muat turun dari RapidShare
----------------------------------------------------------------------------------
Bila April

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..
 

P0PdRIVE Copyright © 2008