Zarina Zainurdin atau hanya dikenali dengan Zarina, bekas pelajar Akedemi Fantasia 2 telah tampil dengan album pertamanya yang berjudul "Mahkota Jiwaku". Ia satu lagi produk terbaru dari Maestro Talent. Album ini baru dilancarkan minggu lepas di tempat Zarina bekerja dahulu iaitu Yayasan Warisan Johor. Ia dilakukan sebagai tanda penghargaan yayasan tersebut yang sentiasa menyokong kerjaya seninya. Berkenaan album ini, satu daya tarikan yang terdapat di dalamnya adalah lagu duet Zarina bersama Mawi. Lagu yang berjudul "Cinta Di Hujung Rindu" ini adalah lagu tradisional berentak zapin yang telah diberikan suntikan pop untuk mood lebih segar. Cara nyanyian mereka dan sebutan patah kata masih lagi dikekalkan cara lama cuma latar muzik yang agak moden. Gandingan suara mereka boleh dikatakan sesuai dalam lagu ini. Suara Mawi yang agak 'jantan' dan suara Zarina yang lembut menjadikannya gabungan suara yang cukup serasi.Penilaian :: +++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Cinta Di Hujung Rindu
Walau sesaga emas yang ada
Bukan halangan kitalah bercinta
Walau selumbar santapan jiwa
Janji dipegang ke mati sudahnya
Lagi ada bulan bintang
Tidak adik lupaku lupakan
Lagi ada kasih dan sayang
Tidak adik sisihku sisihkan
Biar bumi terbelah dua
Demi cintaku gagahi jua
Biar kering selat melaka
Sumpah keramat ku genggami jua
Hadinya dirimu di dalam hidupku
Mengajar ku rindu dan manis
Asmara insan yang bercinta
Aku pun begitu selalu merindu
Senyum dan tawamu pesona dijiwa
Dikala berduka
Jauh di mata seru tak sampai
Dekat dihati sejaraklah padi
Jauh di jiwa nyata tiada
Bersentuh bayang
Rinduku pun hilang
Dihujung rindu kita bertemu
Memadu cinta berjanji setia
Dihujung kasih kita terpilih
Memadu cinta seluas dunia
