6ixth Sense merupakan sebuah band Malaysia yang telah melahirkan album sulung mereka yang berjudul Hari Ini. Mungkin kita perlu jelaskan ini sebuah band Malaysia kerana khuatir ia salah tafsir sebagai band Indonesia apabila ada yang mengetahui penyanyi band ini dari Indonesia. Disini terletaknya kelainan pada 6ixth Sense sebenarnya. Mereka menggunakan penyanyi 'import' dari seberang. Mungkin kerana kehendak pasaran yang 'memaksa' mereka menggunakan penyanyi import ini. Band yang dianggotai oleh Gjie, Airbone, Ayoy Wan dn Adi ini telah ditubuhkan pada waktu zaman persekolahan mereka lagi. Mungkin 2 atau 3 tahun yang lepas. Manakala Adi selaku vokalisnya telah menyertai kumpulan ini pada tahun lepas. Berkenaan album mereka Hari Ini, ia menampilkan 11 lagu yang berkonsepkan pop rock. Single popular mereka, Hari Ini Dan Semalam, merupakan lagu nyanyian semula dari penyanyi 60-an J.Mizan. Sususan muzik yang baru memberi kesegaran pada lagu ini dan nyata ia berjaya menarik perhatian pendengar. Mungkin melodinya ada sedikit kelainan, tapi ia tidak mencacatkan lagu ini. Keseluruhannya, lagu ini boleh dikatakan baik, kerana ia dinilai berdasarkan hasil mereka dalam menggubah semula lagu ini.Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Hari Ini Dan Semalam
Hari ini kau datang riang
Tersenyum buatku senang
Kau hias dirimu
Membuat hati bertambah sayang
Tapi wajahmu semalam muram
Mengapa dewi mengapa
Mungkinkah aku bersalah
Cubalah dewi katakan
Jangan dewi jangan begitu
Senyum-senyumlah selalu
Manis riang
Wajah bertambah jelita
