Sekali dengar boleh tahu bahawa ini adalah lagu Ramli Sarip. Pandangan itu dari peminat Ramli Sarip. Tapi lagu ini, melodinya biasa, agak lembab dan membosankan. Agak mengecewakan sebenarnya bila Haziq diberikan lagu asli ini. Jika diberikan lagu yang lebih rancak, zapin misalnya ia pasti lebih baik dan menarik persembahannya.Dan apa salahnya jika diberikan lagu pop balada atau pop rock, rasanya Haziq mampu menyanyikannya dengan baik sekali.Pada setiap konsert mingguan Haziq berjaya membuktikan dia boleh menyanyikan lagu pop dengan baik. Suara Haziq sebenarnya memiliki tone yang sedap dan dia memang mempunyai bakat menyanyi. Cuma minatnya lebih cenderung menyanyikan lagu asli. Suara Haziq adalah penyelamat pada lagu ini. Walaupun suaranya pecah pada penghujung lagu, ia tidak mencacatkan keseluruhan lagu ini.Penilaian :: +++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Gurindam Anak Muda
Resah semakin resah
Jiwa tambah gelora
Senyum terkadang tidak
Nak ku lerai tidak terhurai
Di sana ku lihat wajahmu
Di sini wajah mu
Aku merindu
Diri mencari teman
Sahabat jauh sekali
Ingin sama dijulang
Genggam puncak impian
Restu mu yang ku harapkan
Doa mu budiman
Galas harapan
Ku lagukan untuk mu
Buat penawar rindu
Gurindam anak muda
Butiran kasih mesra
Maafkanlah seandainya
Kurang adat berbudaya
Maafkanlah
Diri mencari teman
Sahabat jauh sekali
Ingin sama dijulang
Genggam puncak impian
Restu mu yang ku harapkan
Doa mu budiman
Galas harapan
Restu mu yang ku harapkan
Doa mu budiman
Galas harapan
