'Lihatlah' adalah sebuah hasil karya M.Nasir yang diciptakan khas untuk Faizal. Begitulah kata-kata Loloq yang juga merupakan penulis lirik lagu ini. Tapi setelah dihayati lagu ini, ia sebenarnya tidak berada dalam 'standard'kualiti lagu M.Nasir. Mungkin lagu ini lagu 'reject' untuk album M.Nasir. Melodi lagu ini tiada apa yang menarik. Biasa sahaja. Lirik sahaja yang dilihat mengikut piawaian Loloq. Vokal Faizal sebenarnya juga tiada apa yang menarik.Tahap kualiti vokalnya biasa sahaja sama seperti Zahid,Azizi mahupun Khai. Tidak mencapai kualiti seperti Bob, Mawi, Felix mahupun Haziq. Sepanjang di AF, tidak ada satu pun lagu yang dinyanyikan menyerlahkan kualiti vokalnya. Ramai yang menilainya secara persembahan keseluruhan.Penilaian :: +++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Lihatlah
Kepada Tuhanku aku berserah
Rinduku untuk kau terima
Kerana jiwa tulus bukan syarat bertakhta cinta
Biarpun seluruh nafasku
Menjunjung namamu selalu
Meskinya ruang hatiku hanya ada wajahmu
Bukan ku tak percaya
Kau kasihku
Bukan ku berputus asa
Pada kasihmu yang bisa merubah segalanya
Lihatlah hujan yang turun putih berkilau
Masih berdebu
Inikan lagi kejujuranku
Insan berpalu
Tangisan pilu
Lihatlah
Lihatlah di sebalik zahirku
Lihatlah
Lihatlah ke dalam batinku
Lihatlah
Lihatlah kebenaran tersirat
Lihatlah dengan mata halus, siapa diriku
