Wednesday, August 30, 2006

Komentar :: Lotter - Yang Berlalu Tak Berulang


Lagu 'Yang Berlalu Tak Berulang' ini adalah sebuah lagu yang menarik hasil karya Nerves yang juga merupa vokalis band Pretty Ugly. Nerves memang seorang komposer baru yang hadir dengan hasil karya yang segar. Boleh dikatakan setiap lagu yang dihasilkannya memang lain dari yang lain. Agak unik. Untuk lagu ini, agak mengecewakan apabila ia dinyanyikan oleh Lotter. 'Atitude' Lotter untuk lagu ini memang sesuai. Cuma vokalnya sahaja yang mencacatkan lagu ini. Lotter sebenarnya boleh menyanyi cuma tone suaranya tidak sesuai utnuk lagu ini. Ia lebih baik jika dinyanyikan oleh Faizal atau Haziq.

Penilaian :: +++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Berlalu Tak Berulang

Baruku sedar bintang
Rupa-rupanya mentari
Seluas lautan
Pasir tak terbilang

Baruku sedar Kasih
Rupa-rupanya Nurani
Menyulam sinaran
Cinta tak terbayang

Engkau bukti cinta
Bukti cinta sebenarnya
Aku jatuh cinta
Jatuh cinta keranamu
Engkau bukti cinta
Bukti cinta sebenarnya
Aku jatuh hati
Jatuh hati jadinya

Baruku sedar rindu
Rupa-rupanya gurauan
Bicara asmara
Melamar di jiwa
Baruku sedar rindu
Rupa-rupanya gurauan
Bicara asmara
Melamar di jiwa

Baruku sedar cinta
Rupa-rupanya pakaian
Sang Adam dan Hawa
Berbisik di syurga

Katakanlah
Apa saja yang terbuku
Usahlah malu
Biarkan cinta tunggu uh..uh..

Demi masa
Lintas sehala
Yang berlalu
Tak terulang
 

P0PdRIVE Copyright © 2008