Lagu ini telah dimuatkan di dalam album 'Rockaholic' mereka. Agak kurang kedengaran di radio untuk versi akustik ini. Memang menarik. Tempo lagu ini masih sama cuma muzik sahaja yang berubah. Memang agak relax ketika mendengar lagu ini. Terdapat juga lagu 'Jika Diberi Satu Peluang' versi akustik dalam album yang sama. Kreativiti Pretty Ugly memang tidak dapat dinafikan dan mereka sebenarnya antara band terbaik di negara ini. Memang kurang band di tanah air yang mampu menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dengan konsisten. Jelas tulang belakang band ini adalah Nerves yang juga vokalis kumpulan ini. Selagi Nerves terus berkarya selagi itu Pretty Ugly terus hidup.Penilaian ::++++-
Muat turun :: MP3 + Chord
----------------------------------------------------------------------------------
Diari Seorang Lelaki
Dari semalam ku tunggu
Fikir kau pulang ke pangkuanku
Ku dengarkan lagu cinta
Pilihan terbaik kita
Ku mainkan cd berulang
Lupakan segala ucapan
Perpisahan yang kau pinta
Benar dikau ku cinta setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
Belikan aku diari ku tulis setiap hari
Terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
Katakan saja kau rindu setahun ku hilang arah
Ku tempahkan tiket sehala malam ini kitakan bertemu
Tunggu di bawah lampu
Bercinta, berkasih bagai Adam dan Hawa
Bergaduh, selisih buat kita sempurna
Janganlah dipendam luahkan perasaan
Tiada benci, iri hati itulah destinas
