15 Ogos 2006 menjadi sejarah, bila mana akhirnya setelah 2 tahun menuai album, OAG muncul kembali dengan buah tangan baru yang segar bugar yang diberi judul “OrAnG”. Tajuk itu memberi maksud yang mendalam tentang perkembangan industri muzik di mana ramai artis dan persatuannya tidak ubah seperti patung orang-orang yang terbiar di cucuk dalam ke tanahair di ladang ternakannya bersendirian dan membisu tanpa sebarang kata-kata hikmat lalu di serang oleh burung-burung predator terutamanya burung-burung Garuda dari negara Republik Indonesia atau READHI lebih suka mendefinasikan pembangunan muzikal mereka sebagai INDIE-NESIA INC tapi itulah hakikatnya kita cuma boleh berdiri tegak tanpa suara.Tapi, apa yang nyata. Biarpun dilanda demam muzik seberang, album “OrAnG” ini bakal memberi sesuatu yang berlainan lagi segar kepada pencinta seni tanahair dan secara globalnya!
Setelah OAG terpaksa dirombak ahlinya pada akhir tahun 2004 di atas sebab-sebab tertentu. Namun atas suntikam semangat yang diberikan oleh peminat-peminat setia OAG, Radhi telah berjaya bangkit semula dari rebah lalu berjaya mengrekrut ahli-ahli baru yang terdiri dari Eric, 30 tahun di posisi bass, Fizul, 25 tahun di posisi gitar, Nizam, (27) di posisi gitar, Zul (30) di posisi dram dan satu-satunya ahli yang masih kekal sejak OAG mula-mula ditubuhkan pada tahun 1992 dan kini setelah hampir 15 tahun masih lagi setia berjuang-karya demi industri ialah Radhi (28), yang tetap gagah berdiri pada posisi vokal dan juga gitar.
Tempoh masa yang hampir setahun diambil untuk menyiapkan “OrAnG” adalah kerana proses mencari formula untuk menserasikan chemistry dalam kem baru OAG. Beberapa buah lagu terpaksa dirakam semula berkali-kali. Oleh disebabkan kesuntukan masa mencari ahli-ahli baru, single pertama “permysuri”(tripyversion) yang dirakamkan di studio 101 Petaling Jaya itu, sebenarnya telah dirakam sebagai audition secara tak langsung untuk ahli baru.
Apa yang istimewa kali ini, single tersebut telah pun diformatkan sebagai muat turun percuma dia laman web http://www.oag.com.my . Tujuan ia diberikan hak muat turun percuma adalah untuk mendapatkan reaksi serta pendapat peminat OAG tentang tahap kualiti muzik OAG yang terbaru.
Anggota OAG yang baru hanya diberi masa sebulan untuk berlatih dan tempoh itu mereka gunakan sebaik-baiknya walaupun terpaksa keluar dan masuk studio untuk rakaman atau merakam semula kesilapan yang telah mereka lakukan. Pra-rakam itu juga telah dibawa sebulan bersama ke Sarawak untuk tour dari bulan April hingga Mei. Lantas, atas penyebab masa yang singkat itu jugalah, keserasian di antara mereka telah lahir, secara semulajadi lalu dimanfaatkan.
Sumber :: X-Fresh.com
Penilaian :: +++++
Muat turun :: MP3
