Friday, August 4, 2006

Komentar :: M.Nasir - Sang Pencinta


Lagu Sang Pencinta ini merupakan juga tajuk bagi album solo terbaru M.Nasir yang telah berada di pasaran hujung Mei lalu. Lagu ini merupakan single kedua selepas single pertamanya Juwita(Citra Terindah). Lagu ini adalah ciptaan M.Nasir sepenuhnya dan ia sudah mula mendapat perhatian pendengar muzik tanahair. Album ini sememangnya satu album yang 'lain' dari M.Nasir. Begitu juga dengan lagu-lagunya dan termasuklah lagu 'Sang Pencinta' ini. Kelainan yang dirasa sebenarnya dipengaruhi oleh album-album M.Nasir sebelum ini. Mungkin konsep album-album solo M.Nasir sebelum ini membuatkan pendengar melabelkan M.Nasir sebagai penyanyi pop etnik, lagunya sarat dengan mesej yang berat, melodi yang agak kompleks dan sebagainya. Jika didengar dengan teliti, konsep tersebut masih ada di dalam album ini, cuma beberapa lagu sahaja didengar agak lain seperti 'Juwita', 'Tujuh Nafas Lagi', 'Sang Pencinta', dan 'Vendeta' yang berkonsepkan pop dan rock. Selebihnya masih ada ciri-ciri album terdahulu. Paling terserlah kelainannya adalah lagu 'Tujuh Nafas Lagi' yang berentak polka, reggae dan ska. Mungkin pada yang baru mengenal muzik M.Nasir, mereka akan bosan bila mendengar beberapa lagu dalam album ini. Tetapi pada peminat M.Nasir, inilah album yang mereka mahukan. Album yang terbaik dari seorang lagenda hidup!

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Sang Pencinta

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi
Tiada bererti

Padamu jua
Tertuju segala jalan
Padamu jua
Cintaku serahkan

Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya
Hanya Dia.. kekasihnya

Sang Pencinta
Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan

Sang Pencinta
Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini

Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia
Cinta yang dipuja
Mengenang Dia
Cinta yang diredha
Hanya Dia
Mengenang Dia
Hanya Dia
 

P0PdRIVE Copyright © 2008