Wednesday, August 9, 2006

Komentar :: M.Nasir - Tujuh Nafas Lagi


'Tujuh Nafas Lagi' merupakan sebuah lagu yang memang unik dari M.Nasir. Belum pernah ada lagu yang dihasilkan dengan konsep muzik polka di Malaysia. Kedengaran agak janggal pada pertama kalinya. Tetapi lama kelamaan ia menghiburkan. Lagu ciptaan M.Nasir sepenuhnya ini menjadi sandaran seterusnya untuk album 'Sang Pencinta'nya selepas lagu 'Juwita (Citra Terindah) dan 'Sang Pencinta'. Mungkin lagu ini akan kurang diminati oleh pendengar kerana melodinya dan susunan muzik yang tidak menepati citarasa pendengar masa kini. Namun jika diukur tahap kualitinya, lagu ini berada dalam kelas yang tersendiri. Teringin juga untuk melihat M.Nasir mempersembahkan lagu ini secara 'live', pasti ia akan membuat ramai penonton teruja.

Penilaian :: +++++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Tujuh Nafas Lagi

Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam ambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya
Kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan tinggal tujuh nafas lagi

Seperti mu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
Jawapannya hanya sekali lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih dimilik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya
 

P0PdRIVE Copyright © 2008