Yazer telah muncul dengan single pertamanya yang berjudul "Cinta Zaman Berzaman". Lagu ini telah dimuatkan didalam album runut bunyi filem "Gong" yang sedang ditayangkan di pawangam-pawagam tanahair. Lagu ini adalah ciptaan M.Nasir sepenuhnya. Sebenarnya tiada apa yang menarik perhatian untuk lagu ini. Melodinya biasa sahaja. Mungkin yang buat lagu ini menarik adalah kerana Yazer. Mungkin ada peminatnya yang ternanti-nanti lagu baru dari Yazer dan dengan munculnya lagu ini sedikit sebanyak ia mengubat rindu mereka. Vokal Yazer untuk lagu ini boleh dikatakan "ok". Sebenarnya tone suara Yazer ini lebih sesuai untuk lagu yang benar-benar rock.Penilaian :: +++-
Muat turun :: MP3 + RealMedia
----------------------------------------------------------------------------------
Cinta Zaman Berzaman
Izinkan aku mendakapku
Sisa pemuja melayu
Melepaskan rinduku yang lama terpendam
Janjilah kau 'kan setia
Tauti kasih yang satu
Jangan kau tinggalkan diriku
Zaman berzaman
Sungguh berulang kisah yang memilukan
Hati siapa yang tahu
Ertinya rindu
Melayari asmara
Harus terpaksa menyahut sejuta halangan
Ohh..
Cinta agung memberikan kesan
Di sanubari berdarah
Siapa gerangan yang punyai jiwa kemilau
Biar sempadan masa
Menghantar bahagia
Masih juga terusik
Hingga ke akhirnya..
Izinkan aku bersamamu
*** kasih mendayu
Memadukan cinta
Tak mungkin terpendam
