Cahaya Cinta. Begitulah lagu terbaru dari Siti Nurhaliza. Lagu ini amat istimewa dan bermakna kerana ia pertama kali diperdengarkan di khalayak pada majlis perkahwinan Siti di KLCC yang lalu. Lagu sepenuhnya ciptaan Siti Nurhaliza ini pastinya diciptakan khas untuk suaminya, Datuk K. Jika dilihat pada liriknya, ia jelas menceritakan perasaan Siti tentang perasaannya dan harapannya pada perkahwinannya ini.Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3
Video :: Persembahan di KLCC
----------------------------------------------------------------------------------
Cahaya Cinta
Dia teleh menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku peluklah daku
Janji denganku semai cinta nan satu
Tuhan menguji takkan berhenti
Hanya ku pinta sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga...
Sayangi daku peluklah daku
Janji denganku semai cinta nan satu
Tuhan menguji takkan berhenti
Hanya ku pinta sama serta menjaga
Hingga ke alam syurga...
Hingga ke alam syurga...
Sayangi daku..
