Thursday, September 7, 2006

Komentar :: Ning feat Yanie & Nikki - Drama


Ning kini muncul dengan single terbarunya yang berjudul 'Drama'. Lagu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh AD Samad ini dinyanyikan duet bersama dua anak didik Ning iaitu Yanie dan Nikki.Lagu berirama rancak ini boleh disamakan seperti lagu 'Caramu' nyanyian Nikki sebelum ini.Dari segi melodi dan tempo seperti ada persamaan. Mungkin disebabkan kedua-duanya adalahhasil karya Audi Mok. Kemantapan vokal Ning di dalam lagu ini tiada apa yang boleh dipertikaikan.Nikki pula tiada banyak perbezaan jika dibandingkan vokal mantapnya untuk lagu "Caramu'. UntukYanie, ini adalah kali pertama suaranya dirakamkan untuk album dan yang pasti tahap vokal sudah banyak peningkatan. Paduan ketiga-tiga vokal mereka memang memberi impak besar untuk lagu ini.

Penilaian :: ++++-
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Drama

Bagai sebuah mimpi
Milik Sang Puteri
Putera yang dinanti
Melamar jiwa yang sepi
Begitulah aku
Pada kala ini
Bagai terbuai-buai
Dialam fantasi

-Nikki-
Asmara ini
Menggubah rasa
[Ning]
Yang luarbiasa

-Yanie-
Asmara ini
Menggubah rasa
-Ning-
Bayangan indahnya syurga

Dramatari cinta pun tercipta
Penuh uraian aneka warna
Karya yang terindah
Asmara ini
Menggubah rasa
Sebuah rapsodi keriangan

-Yanie-
Bulan jatuh ke riba
Mimpi jadi nyata
Kasih yang kudambakan
-Nikki-
Hadir menjelmakan diri
Takkan kulepaskan
Takkan kusiakan
-Ning-
Anugerah teragung
Yang kau persembahkan

-Nikki operatic soprano, Ning solo-
Percayalah kasih
Hanyalah dirimu
Setiap denyut nadi dan heretan nafasku
-Ning dan Yanie harmoni-
Di dalam jaga
Mahupun lena
Tiap ketika
 

P0PdRIVE Copyright © 2008