Diddy atau nama sebenarnya Shamsul Hirdy b. Muhid merupakan salah seoranng pelajar berbakat di dalam AF4 yang telah tersingkir pada minggu keenam. Yanie pula seorang penyanyi yang digilap dari rancangan 'Mentor' musim pertama dan merupakan semi finalis rancangan tersebut. Mentornya adalah Ning. Kini mereka berdua muncul dengan single yang sedang hangat diputarkan di radio yang berjudul 'Saling Terpesona'. Mungkin formula duet antara artis dua rancangan realiti tv popular ini diteruskan setelah melihat kejayaan lagu duet Nikki dan Zahid unutk lagu 'Caramu'. Single ciptaan Audi Mok dan lirik pula oleh Nurfatimah ini rasanya lebih segar dengan melodi yang mudah dan catchy. Berbanding dengan dua lagu popular Audi Mok sebelum ini iaitu 'Caramu' dan 'Drama' yang kedengaran agak kompleks, lagu ini memang lebih 'enjoy'. Jadi dengarkanlah..Penilaian :: ++++
Muat turun :: MP3

