Amuk dan R.O.B atau lebih dikenali sebagai Republic of Brickfields telah berpadu suara dalam lagu 'Lagu Jiwa Lagu Cinta' ini. Inilah adalah tarikan yang terdapat di dalam album terbaru Amuk yang berjudul '2 Juta'. Album ini telah ada 'posting'nya sebelum ini tetapi secara keseluruhan bukan untuk lagunya. Sebenarnya agak berserabut juga bila mendengar lagu ini. Dengan muziknya yang agak bising dan tempo yang rasanya lebih pantas. Ditambah pula dengan suara Bandi dan Aru, memang dirasakan versi asal lebih elok. Bandi dan Aru amat sesuai bergandingan suara tapi bukan untuk lagu ini. Tidak dapat dinafikan, menggunakan lagu ini sebagai umpan kepada pendengar memang berjaya, tetapi hasilnya tampak kurang baik.Penilaian :: +++
Muat turun :: MP3
----------------------------------------------------------------------------------
Lagu Jiwa Lagu Cinta
Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca...
Hatiku saat ini
Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti
Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan...ku disini
Oh.....
Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku
Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini... hebat begini...
